Saturday, July 17, 2010

Akhirnya terbongkar siapa kau!

Salam rakan-rakan semua!


Oh ya,aku ada berita baik untuk diri aku,dan terutama sekali pada penggemar belog asal aku, honeylalala's territory sudah dibuka umum untuk anda semua!

Pelik bukan?

oh ya,hacker tersebut telah dikenal pasti. dan sebelum aku nak menceritakan dengan lebih lanjut pada korang, sila jawab survey ni dulu.




apakah hukuman paling setimpal kepada siamang ni? oh ya,aku akan menceritakan insiden sebenarnya pada entri terbaru- Chronicle of Saga: Hacked Passwords. *ha-ha! budget filem box office la katanyew!*


p/s:gembira! doa orang teraniaya akan termakbul jua. illahi ta'la! :)

Sunday, July 11, 2010

Segala-galanya baru kini

Sape2 yang kenal aku mesti terkejut dengan belog aku yang baru dan berwajah baru. kenapa?

ok,ni belog lama aku;


nasib baik simpan lagi pic ni,bukti yang belog ini mmg belog aku!

ok,lupakan kesedihan blog dirompak. dan aku nak huraikan konsep-konsep dalam belog aku ni.


  1. nama sudah ditukar kepada honeylalala's panaoramae. bukan lagi honeylalala's territory. aku perasan ada jugak belog guna territory. so aku malas dah nk guna trademark tu. panaoramae? bukan typo error or sumthing,tapi gedik2 jer nak wat ayat pelik. lebih berbunyi panorama-pandangan atau dari sudut perspektif aku bila menulis.
  2. ..and who's affected? - itu ayat baru, maknanya,bila aku menulis,siapa yang terkesan? sejak belog aku kena hack,aku dapat agak,mesti ada orang terkesan dari penulisan aku. siapa ya? kita tengok siapa yang kena! (lebih kurang sindiran kepada makhluk itu)
  3. see no evil,hear no evil,speak no evil. aha. itu sudah pasti ditujukan pada anda wahai pembaca. sila baca dan pahamkan. maksud mendalam tuh. heeeeehooo. ;p (you have right to view my blog,but gain a +ve view ok?)
  4. KESIMPULANNYA, belog aku ini adalah kebangkitan daripada pencerobohan tanpa izin ke atas belog aku. izinkan aku mengganggap penceroboh tu anak didik i5raeL, mereka kan suka menceroboh hak orang? kan? 
 Sekian.Tamat untuk episod kali ini. Esok kerja,oh,malas. dan,penat! kalkulator hilang!

Eclipse adalah gerhana,betoi x?

Semalam menonton cerita ini. Oh ya,tayangan pertama 8 Julai kan? so,aku menonton 2 hari lewat dari tarikh yang sepatutnya dan seperti yang dijangka, selling fast bebeh! Masakan tidak,sapa mahu melepaskan peluang menonton pontianak kacak dan jelita dalam satu filem? Pakej! Cuci mata sambil menghayati cerita.

Sinopsis nye,korang dah tau kan? So malas la nak taip. google je la ek?


Aku nk ulas sikit je pasal filem ni;

  1. Bella Swan + Edward Cullen nampak macam gemuk.(ke aku dok seat depan sangat sampai nampak diorang lebar? Sila jelaskan)
  2. Jacob makin tough dan kacak. Badan dia.. alahai.. *speechless* (drool kejap)
  3. Riley,vampire baru nampak kacak. Tapi Jasper lagi hensem! (Aku rasa semua hensem kecuali tok ketua puak serigala)
  4. Jacob sangat over confident dia hot berbanding Edward. Gelak2 satu panggung. Aku rasa filem kalini ade humor sikit la berbanding 2 movie yang sebelum ni;New Moon& Twilight.
Jasper(kanan sekali) memang kacak!

Baiklah,nampak sangat aku xmenghayati cerita,tgk muka polan tu,polan ni,pastu xreti bak pilih *perasan Bella sungguh*

Sila hayati ending theme song dia. Serius sedap tahap gila! :D


Metric- Eclipse (All yours )


4 over 5 bintang aku kasi. Memang best.^^,

p/s: Breaking dawn bila nak tayang pulak? 

Kisah sedih seorang gadis blogger

Oh ya, bukan sengaja-sengaja nak kasi korang tertanya2 kenapa aku xupdate ke apa,tapi kekangan masa aku nk mengupdate ni menghalang niat aku. asal nak update je,xjadi.

aku rasa,mungkin hari ini hari yang sesuai untuk aku beritahu apa yang berlaku. dan thanks sangat2 kepada korang yang concern sangat2 dengan situasi aku di alam maya ni ye. ;)

Ok,bersambung balik kepada kisah asal;

Korang pernah rasa tak hak dan privasi korang diceroboh? diseluk tanpa izin?

Pernah tak rasa bila korang nak masuk pintu rumah, kemudian kunci rumah tu xmatch dengan tombol pintu tu? bermacam2 cara digunakan tapi xmenjadi?

haaaa.. tu la yang terjadi pada aku!

dengan dukacita nya di maklumkan.. belog www.honeylalala.blogspot.com telah di hack dengan jaya nya..

oleh siapa? kalau aku tau,aku dah lama paste gambar makhluk tu kat belog baru ni.

mula-mula,fb account aku yang berusia 4 tahun telah di hack. Penat punya kawan seramai 1,400 orang(walaupun mereka add aku stakat nak tambahkan digit kat facebook je) terus lesap.

Gamba? jangan cakap laaa.. BURN! nak tau kronologi dia camne?

  1. Dia hack fb aku. tukar password log in fb.
  2. aku reset password. bukak email. gagal. password not match. sh*t,sah kena hack.
  3. bukak YM. makhluk tu selamba tak tau malu online ym guna email aku yang dia hack. bila aku sergah,die offline.(pengecut kan?)
  4. Esok,bukak fb baru di opis(fb backup,dah lama pakai tp kawan xramai), eh, profile aku dah xde! Sh*t lagi sekali,sah fb aku kena delete. rasa nak je nyanyi lagu Hanjeng Sehanjeng hanjengnya(parodi lagu Rindu Serindu rindunya)
  5. 2 hari kemudian. Baru berkesempatan nak update belog,nak war war kan fb kena ceroboh. eh? apsal xleh log in ni? view belog sendiri.. aorghhhh Sh*t!! belog aku pon die take over. email belog aku pon die ubah password.

Gembira kan? kini sudah ada pembantu tadbir blog dan fb. Terima kasih,terima kasih.

Aku pasti korang akan cakap;
  1. bukak kat cc ke?
  2. ko guna password birthday ko ke?
  3. ko xlogout ke?

dan paling langsi;

  • ko de wat sape2 sakit ati x?

Aku jawab;
  1. aku pakai laptop kat umah. umah aku pakai screamyx.
  2. aku xguna besday sendiri jadi password. paling cikai pon password mendiang kucing aku kot.
  3. mesti la logout. kalo xlogout,xkan bapak/adik/mak nak hack? gilo po?
  4. jujur aku cakap,kalo de orang sakit ati pon, mungkin sbb aku xlayan berkenalan kat fb/etc. (xde nk bangga,tapi watpe aku nk cari gado dalam alam maya?)

sudahnya,aku redha. bukan ada pic terlampau ke aku letak. xde rasanya. ke mungkin yang hack tu beginner? ala-ala nak test santau.alih2 belog aku pon terjerat sama. tapi nape belog aku jugak??

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!!


ok fine.sila ajar aku cara nak protect komputer.
eh? ada bomoh internet x?

aku rasa sorang ni je boleh tolong aku..
boleh punya lah..



nak tau?






Jeng... Jeng.. Jeng...!!

























ok xlawak. kenapa aku teransang geli tgk sotong ni?

Monday, July 5, 2010

masih boleh bernafas

salam semua.. ini belog baru saya.

Oh,jangan tanya kenapa sekarang ye?

Nanti saya akan bagitahu kenapa ok?

Tapi,honeylalala akan terus berkarya,tiada siapa berhak menghalang! :D

Will update soon! :)

<3>
Related Posts with Thumbnails