Saturday, August 1, 2009

aku anti rusuhan. jadi, mari merayap!

hari ini ada 2 jenis rusuhan berlaku di Malaysia. mau tau apakah jenis rusuhan tersebut?

1. Rusuhan Anti ISA di Istana Negara.
2. Rusuhan PC Fair di KLCC.

Namun, aku tidak mahu memilih dua jenis rusuhan tersebut. ini adalah kerana kepala ku senang sahaja MIGRAIN melibatkan diri ke rusuhan seperti itu. meeting kolej pun aku malas nak turun, inikan pula nk memergikan diri ke RUSUHAN?? (opssss... nasib dah final year!) maka aku bersama Encik Satu telah membuat keputusan hendak membeli barangan di Low Yat. dan satu fenomena unik di mana pada hari Sabtu, Plaza tersebut lengang dengan orang kerana tumpuan mereka beralih ke PC Fair di KLCC! yeay! leh membeli barangan tanpa MIGRAIN! =p

aku berkira - kira hendak membeli barangan kerana duit elaun ke-2 ku masih lagi belum masuk =( dan aku mengira budget sebanyak RM50 untuk pembelian pada hari ini xD

dan mari kita lihat apa telah aku beli pada hari ini :

apa ini ya? =D

yaaa! ianya casing untuk External Hard Disk aku! RM10 setelah membuat pusingan berperingkat. =p

earphone yang mmg memuaskan hati pembeli! RM25 harganya~ memang berbaloi~ lalala~

apakah benda yang berlampu di dalam kegelapan itu?

yaaa! ianya USB HUB dimana RM4 lebih murah dari Encik Satu punya beli kat PC Fair semalam! =p budget beli sama jenis, kembar skettt XD RM14 untuk aku!

dan akhirnyaaaa....

mari hitung belanjawan aku hari ini!

RM10 + RM 25 + RM 14 = haaaa kira cepat!

RM 49 jumlahnya!! memang under budget~! Favourable!! =D

misi BERJAYA! tahniah kepada aku! =D dan juga Encik Satu! =P

membawa Encik Satu melancong di kawasan ini dan beliau mengidam mahu bermain ini! =D

bilalah aku boleh sekurus model ini? =P dah2, jom balik~! penat seyhhhhhhhhh =_=

1 comment:

Anonymous said...

tindakan anda utk ke LowYat pada hari2 tersebut adalah tindakan paling bijak sekali!

syabas dan tahniah buat anda dan encik tersebut!

dont go to pc fair dah,sesak2.

-kudozu

Related Posts with Thumbnails