Wednesday, May 6, 2009

exam escapade PLUS birthday!

Hari ini dengan yakin dan tawaduknye aku nk mengumumkan bahawa aku telah..

merdekaaaaaaaa!!

paper yg bertarikh 5 Mei iaitu Treasury Management telah selesai kujawab hari ini.. sgt lega,xpayah baca buku lagi!(sem depan ada lg T.T)

malangnya, isnin ni da kena lapor diri kat tempat praktikal aku la pulak.. aiseyh men! baru je nk rehat2 lenggang2 kangkung kt umah dah kena kerja.. naseb baik la dekat je ngan rumah, kalo x,mmg malas nk g! :P

semester kali ni mmg banyak la pulak besday2 kawan aku jatuh waktu ni. mmg best la, sbb besday aku selalu jatuh time exam,xpun waktu cuti panjang T.T

dan hari ini harijadi watak baru dalam blog aku neyh iaitu dira.. selamat hari jadi! 

actually benda ni dirancang last minute,memandangkan tunang dira terpaksa balik awl disebabkan masalah peribadi(bukan masalah dengan dira ye),maka dira keseorangan di kolej. dan syukur la ade kawan yg baik hati seperti aku,farah,ecah,Encik Satu dan Megat bersama memeriahkan harijadi beliau yg dianggapnya suram itu(biasela org tersayang tiada di sisi kan T.T)

sekitar sambutan birthday dira, makan besar xhengat!

kek kalini bernama American Chocolate. Baca tulisan di atas : Selamat Hari Tua. uh uh bunyi nye sangat kejam :D

besday gurl bersama keknya. kek ni ecah yg pilih tau XD

bersama kek pilihan ecah. perasan x muka ecah makin berseri2? apa rahsia ye? heeee

Megat pun ada sama. walaopon esok ada last paper tp beliau masih sempat meluangkan masa bersama kami. terima kasih kepada Encik Satu yg berjaya memujuk beliau! :D

keterujaan mereka terhadap kek. ish3.~

Encik Satu tidak bersedia menerima publisiti meluas.

sup tulang. boleh tahan jugak kesedapannya.

a strong bond. InsyALLAH~

agak kempunan sebab xdpt merasa Ayam Golek buat kali terakhir sebelum LI sbb sold out a.k.a dah habes!! nasib baiklaa ikan stim ada, not bad laaa. 

last but not least, walaopon berat hati untuk kaki aku melangkah balik umah yg dekat sekangkang kera ni, aku nk ucapkan selamat menjadi pekerja kepada semua pelajar UM batch 06/07 yang buat latihan praktikal pada sem khas ni termasuk aku. jumpa lagi pada semester depan InsyALLAH~

tidak lupa juga nk ucapkan sekali lagi kepada dira, SELAMAT HARI LAHIR / TUA kepada anda yg kini berumur 22 tahun. kalau kahwin jangan lupa jemput yer. semoga umur panjang dan bahagia di samping orang yang tersayang. ^_^

kalau ada sumur di ladang,

boleh saya menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

boleh kita berjumpa lagi!

No comments:

Related Posts with Thumbnails