Monday, September 13, 2010

Raye oh Raye oh Raye ~~,


Assalamualaikum semua.. Pa Habaq? Dah lama sesangat aku xhapdet belog ini. Nak kata busy kerja,orang lain pun kerja gak! Nak kata xde story,berlambak story sampai aku dah nak terlupa nk tulis nih. Ha.... mungkin sebab aku malas nk menggunakan papan kekunci untuk menaip2.. kan best kalo cakap teros muncul je kat kibod ni? ade x gajet camtuh? Plisss belikan! =D

Ok,tengok tajuk pun da tau kan? Malas nk taip,korang nengok jela pic raya aku tahun ni. Xsemenggah pun. Baju 4 pasang je (je ko kata?) tapi sempat bergaya 3 pasang je sebab malas nk iron baju banyak2 sekaligus membasuh baju banyak2. Ye,aku kurang rajin,tapi tidak pemalas. :-p

bersama Kak Yatie merangkap sepupu sepipit
Ish,terasa Kak Yatie lagi glemer dari aku nampaknye.. Xleh jadi nih!
Kat Padang Jawa
Tahun ni aku mentransformkan diri menjadi Orang Java kerana tahun ni turn balik Klang. So, merayau2 laaa aku dengan sedara mara pergi bertandang2 ke rumah sedara mara.. Ari Raya Pertama bertandang satu kampung. Nenek & Atuk kena tinggal sebab diorang kena jadi Tuan Rumah. Kesian xdpt join! hehe..

Raya Kedua pergi Jauh sikit, ke Padang Jawa,Sri Andalas, dan merata2 sampai la ke Putrajaya.. Kesimpulannya,kaki aku nk tercabut hasil ajakan merayau2 ke open house oleh sedara mara aku yang kaki merayap nih..~ =_=''

Raya Tahun ni dah rasa lain ar... wuwuwuw.. Sebab pe yeh?
  1. Kena bagi duet raya..Kopak kena kapak!
  2. Tahun ni tahun last dapat budget Baju Raya..Tahun depan.. Yillek!=(
  3. Cuti sekejap je.. Esok da kene kerja.. Hapeda.. nape kerajaan xkasi cuti lama2? Puasa kan sebulan,kasi la cuti sebulan..=p
  4. Plan nak diet tergendala..gara2 bukak pose makan macam Godzilla.. adesh..
Sebelum menutup tirai mengarut di petang raya ke 4 ini,ku hidangkan pic2 menarik untuk tatapan anda..(padahal dlm fb aku ade je..exaggerate je lebih aku ni =p)

Bersama Atok & Nenek.. weeee~

Bestnye jadik budak kecit..Xpayah pegi keje.. g audit luar..*eh pe aku ngarut ni*
Bersama sebahagian sepupu sepapat yang gila2.. sape willingness nk jadi ahli kitorang dipersilakan..=p
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya! =D
pheee hess: insyALLAH aku updet stori basi berkerak aku waktu graduasi nanti eh..tengah tunggu gambar sebab aku berjaya lesapkan dalam cd..ngehehehe..
malas nak watermark pic ni..sape curi pic aku,kudung kaki @ tangan k.. hahaha.. siyes ni..


DENGAN INI, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN KENALAN DI BLOG INI ATAU DI LUAR BLOG INI K.. MAKAN KUEH RAYA JANGAN TAMAK2.. OH YA..KALO DE WAT OPEN HOUSE AJAK LA K..:-)

EXCEPTION: HACKER BLOG AKU TAK AKAN DIMAAFKAN.. YOU KNOW WHO U ARE..

Saturday, August 21, 2010

Nak duit raya ekspress,tanpa banyak songeh?

Toraaaa datang lagi.. hehe.. da lama xupdate belog dah. Ok,1st entry setelah lama gilerrr menyepi,ku sajikan dengan bendalah ni. Sila explain plezzzzzzzzzzzz..;p

 Nampak dengan jelas x? Xnampak kelik je.. hehe..

Sekarang bulan puasa kan? Baru dalam minggu ni aku terjumpa ini iklan daaaa. Ok,siapa2 nak buat loan beli baju raya,kasi duit raya kat anak2 buah,silakan ye.. Saya sekadar membantu takat mana yang mampu...heeeee :p

Sunday, August 1, 2010

Mari datang ke majlis konvokesyen saya! :D

maaf ya kawan-lawan,


tiada posting bukan bermakna menyepi,

bukan sengaja memencilkan diri,

saya sibuk bekerja. dan tujuan posting ini adalah hendak dinyatakan bahawasanya,saya mahu menjemput rakan-rakan dan taulan yang mengenali saya samada face to face mahupun di alam maya, saya akan berkonvo khamis ini! YEAYYYYY~

jadi,dengan penuh rasa iltizam dan hormatnya,eceh eceh! saya mahu anda semua sila apply cuti anda semua secepat mungkin pada;

TARIKH: KHAMIS, 5 OGOS 2010
TEMPAT: DEWAN TUNKU CANSELOR,UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
SESI: PETANG

oh ya,sedikit sebanyak gambar pre-convo sewaktu rehearsal convocation day. kasi pemanas badan dulu.


Tempat suka duka semasa belajar. dah 4 tahun? cepatnya rasa!

Pose gila di traffic light. Habis kena curse dek pengguna jalan raya. heh~

Terbaek!

Jadi kawan-kawan,jika mahu konvo,sila lah hire photographer anda siap-siap. Bukan selalu dapat konvo(sebab aku xmampu nak sambung belajar lagi da),jadi,hargailah detik2 emas camni kay?


pi.es: kalau datang tu,sila bawak bunga ke,teddy bear ke,xde la kosong sangat tangan ni rasa. :p

rakan-rakan yang masih tidak tahu cara memakai jubah yang kemas,sila lihat video ini.
Kredit to umconvo website.




Saturday, July 17, 2010

Akhirnya terbongkar siapa kau!

Salam rakan-rakan semua!


Oh ya,aku ada berita baik untuk diri aku,dan terutama sekali pada penggemar belog asal aku, honeylalala's territory sudah dibuka umum untuk anda semua!

Pelik bukan?

oh ya,hacker tersebut telah dikenal pasti. dan sebelum aku nak menceritakan dengan lebih lanjut pada korang, sila jawab survey ni dulu.




apakah hukuman paling setimpal kepada siamang ni? oh ya,aku akan menceritakan insiden sebenarnya pada entri terbaru- Chronicle of Saga: Hacked Passwords. *ha-ha! budget filem box office la katanyew!*


p/s:gembira! doa orang teraniaya akan termakbul jua. illahi ta'la! :)

Sunday, July 11, 2010

Segala-galanya baru kini

Sape2 yang kenal aku mesti terkejut dengan belog aku yang baru dan berwajah baru. kenapa?

ok,ni belog lama aku;


nasib baik simpan lagi pic ni,bukti yang belog ini mmg belog aku!

ok,lupakan kesedihan blog dirompak. dan aku nak huraikan konsep-konsep dalam belog aku ni.


  1. nama sudah ditukar kepada honeylalala's panaoramae. bukan lagi honeylalala's territory. aku perasan ada jugak belog guna territory. so aku malas dah nk guna trademark tu. panaoramae? bukan typo error or sumthing,tapi gedik2 jer nak wat ayat pelik. lebih berbunyi panorama-pandangan atau dari sudut perspektif aku bila menulis.
  2. ..and who's affected? - itu ayat baru, maknanya,bila aku menulis,siapa yang terkesan? sejak belog aku kena hack,aku dapat agak,mesti ada orang terkesan dari penulisan aku. siapa ya? kita tengok siapa yang kena! (lebih kurang sindiran kepada makhluk itu)
  3. see no evil,hear no evil,speak no evil. aha. itu sudah pasti ditujukan pada anda wahai pembaca. sila baca dan pahamkan. maksud mendalam tuh. heeeeehooo. ;p (you have right to view my blog,but gain a +ve view ok?)
  4. KESIMPULANNYA, belog aku ini adalah kebangkitan daripada pencerobohan tanpa izin ke atas belog aku. izinkan aku mengganggap penceroboh tu anak didik i5raeL, mereka kan suka menceroboh hak orang? kan? 
 Sekian.Tamat untuk episod kali ini. Esok kerja,oh,malas. dan,penat! kalkulator hilang!
Related Posts with Thumbnails